Wednesday, March 31, 2010

Kisah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah) merupakan ketua segala bidadari- bidadari.
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi Muhammad SAW dan di kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini:

Ainul Mardhiah (bermaksud mata yang di redhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi Muhammad memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya, “ Sesiapa yang keluar berjihad di jalan Allah tiba-tiba dia mati shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari di syurga.” Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi Muhammad kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.
Dalam tidur tersebut pemuda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya, “Dimanakah dia?” Lalu lelaki itu menjawab, “Inilah syurga.” Lalu pemuda itu menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Lelaki berpakaian bersih menunjukkan ke suatu arah. Maka pemuda tadi berjalan kea rah yang ditunjukkan. Di suatu pepohon dia mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu. Tak pernah dilihat di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, “ Andakah ini Ainul Mardhiah?” Wanita itu menjawab “Ehh tidak. Saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi, “Adakah ini Ainul Mardiah?” Lalu wanita itu menjawab, “Eh tidak. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini .Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.” Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.” Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, “Nanti kamu belum syahid lagi.” Serentak itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain. Namun begitu, dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi sekiranya dia shahid barulah diceritakan kepada Nabi M uhammad.

Petang itu, pemuda tadi bersama-sama dengan jemaah yang lain dan Nabi Muhammad telah keluar berperang. Lalu ditakdirkan pemuda tadi telah mati shahid. Ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, pada waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi). Sahabat pemuda tersebut yang shahid tadi telah bangun dan merapati Nabi Muhammad SAW dan menceritakan perihal sahabat yang shadid tadi. NabiMuhammad SAW menjawab “Benar... benar...benar...” sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berkata. “ Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.”

No comments:

Post a Comment